Wednesday, January 13, 2010

Koleksi Haji 2009

Di antara koleksi keperluan perjalanan haji selain daripada pasport dan dokumen perjalanan, para jemaah ada di bekalkan dengan Buku Kesihatan, Tag Jemaah Haji Malaysia, Gelang tangan dan kad hotel penginapan.

Buku kesihatan perlu di simpan dengan baik bagi membantu mendapatkan rawatan kesihatan apabila keadaan memerlukan. Rawatan kesihatan untuk jemaah Malaysia ada di sediakan oleh tabung haji secara percuma. Keadaan cuaca yang kering dan panas atau kering dan sejuk serta pendedahan kepada jemaah haji yang ramai kadangkala membuatkan para jemaah mudah terkena penyakit seperti batuk kering dan sakit tekak. Ubat yang sesuai dan mencukupi ada di sediakan oleh kelinik kesihatan tajaan tabung haji Malaysia.

Tag Jemaah Haji Malaysia perlu sentiasa di bawa kemana-mana kerana ianya seolah-olah menggantikan IC dan buku tabung haji. Para jemaah boleh menggunakannya untuk mengeluarkan wang daripada mana-mana kaunter tabung haji yang di sediakan disana. Perkhidmatan yang di sediakan adalah sungguh efisien.

Salah satu dokumen pengenalan diri yang tidak kurang mustahaknya ialah gelang tangan aloi yang di tulis perkataan 'Malaysia', no telefon kedutaan Malaysia, nama dan no IC pemilik. Setiap jemaah haji adalah di wajibkan untuk memakai gelang pengenalan diri ini tanpa mengira kewarganegaraan. Jemaah daripada negara lain juga mempunyai gelang pengenalan diri mengikut konsep mereka. Ada yang di perbuat daripada besi, aloi, plastik dsb.

Kad hotel penginapan juga perlu di bawa ketika keluar kemana-mana bagi membantu jemaah sekiranya tersesat. Ianya boleh di tunjukkan kepada pemandu teksi, polis atau sesiapa bagi membantu menunjukkan arah pulang ke hotel masing-masing.

1 comment:

  1. Among the collection that is still in our posession is Saudi Rials. We used to bring the USD currencies for future usage in the Mecca and medina. USD currency was widely accepted in any of the currency exchange shop in the country. Above all, Malaysian Ringgit could also be used to purchse products in any of the groceries shops or pharmacies due to it's comparatively high exchange rate value as compared to Saudi Rials.

    ReplyDelete

Free counters!