Ibadah haji adalah merupakan syiar yang mesti disampaikan kepada seluruh umat Islam bagi mengajak untuk bersegera melaksanakannya. Ibadah haji lebih menumpukan perbuatan fizikal jika di bandingkan dengan ibadah-ibadah yang lain seperti puasa, zakat dan sebagainya. Ianya sangat elok jika dapat di laksanakan ketika seawal usia yang masih muda.
Alhamdulillah kami ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, kami suami isteri dapat menunaikan fardhu haji pada tahun 1431 Masihi bersamaan 2009 hijrah yang lalu. Ini adalah kali kedua kami menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah setelah mengerjakan umrah pada tahun 2007.
Berbeza dengan perjalanan lain yang terdahulu, perjalanan haji kali ini adalah merupakan perjalanan amalan ibadah yang lebih bersifat rohaniah dan jasmaniah. Ada terdapat berbagai pengajaran yang boleh di perolehi daripadanya. Alhamdulillah, tidak ada kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku sepertimana yang telah di ceritakan dalam mana-mana travelogue haji atau cerita-cerita buah mulut orang-orang yang terdahulu.
Pengajaran daripada pekerjaan rukun dan wajib haji itu sendiri sudah banyak memberikan kesedaran betapa kita sebagai insan biasa dan hambaNya harus sentiasa mengharapkan limpah kurnia rahmat, keampunan serta perlindungan yang datang langsung daripadaNya tanpa memerlukan sebarang perantaraan. Ianya juga memberi banyak pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga hubungan diantara manusia terutamanya dikalangan umat Islam yang seagama.
Ibadah haji adalah merupakan kemuncak pengabdian hamba kepada tuhannya. Hanya Allah s.w.t sendiri yang mengetahui segala rahsia serta fadhilat yang telah dan bakal di perolehi oleh hamba-hambanya. Wallahua'lam.
"Ya Allah, kurniakanlah haji yang mabrur, Sai' yang disyukuri, dosa yang diampuni, amal soleh yang diterima dan perniagaan yang tidak akan rugi".
This is about pilgrimage in the Holy land of Mecca and Medina. We spent about 44 days altogether in Saudi Arabia, of which 36 days in Mecca and the remaining 8 days in Medina. The journey was very satisfying indeed. Alhamdulillah.
ReplyDelete